Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Wednesday, November 12, 2008

Be Or Not To Be ???

Be or not to be??? To be what exactly? Hehehe... To be a lecturer. Ngaaaa.... Perkataan yg cukup buat aku gementar. Jadi lecturer ni cam jadi cikgu jgk la. Tanggungjawab die tu yg buat aku terpikir2 nih.

Petang semalam aku main YM ngan lecturer aku masa aku kat kolej dulu buat diploma. Kebetulan lak aku masuk web bekas kolej aku tuh. Terpandang iklan jawatan kosong. Check aje la. Sambil2 sembang2 ngan lecturer aku tuh...aku tanye la pasal jawatan kosong kat kolej tu. Die tanye aku nak ke keje kat situ as a lecturer or mayb a tutor. Aku cakap x kesah mane2 pun. Pastu die nak tolong ekjas kan tempat utk aku kat situ. Segan ler pulak aku jadi nyer. Die cakap senang je kalau aku nak masuk keje pasal aku ex-student kt situ. So senang la nak berurusan ngan orang atasan. Siap suruh aku call on the spot kt bahagian human resource. Yg incharge bahagian human resource tu still kenal aku. Mane x nyer...dulu aku ngan die asyik saling kena mengena. Hahaha....

Petang tu jugak la aku tanye pendapat abah aku. Abah aku cakap ok jer. Die nak try tanye pengerusi kolej tu yg kebetulannye seangkatan ngan abah aku masa bergelar warga pendidik. Die org saling kenal. Aku lak makin serba salah jadi nye. Bahagian ma aku lak nyer...die cakap elok la tu. Masuk dulu keje kat kolej tu...sambil ngajar kat situ sambil buat Master. Hadusla...study lagi. Aku rasa kepala aku ni pn dh naik tepu bab study nih. Fening2 lalat dh aku.

Sekarang ni dalam keadaan serba serbi, salah betul, tolak tambah, darab bahagi....dan sewaktu dengan nye. Antara kelemahan aku dalam bab2 ni...aku ni gemuruh bile cakap depan orang ramai...mudah nak angin kalau ape yg aku ajar orang susah nak faham... Hahaha... Sebab tu la dari dulu aku x nak masuk dlm profession perguruan as a lecturer or a teacher.

Cakap bab gemuroh tuh...masa kat U dulu aku bab presentation ni aku kasi kat orang. Aku cuma wat keje...give ideas...give instructions...organize group works...n planner a.k.a Tok Dalang. Weh..jadi Tok Dalang or masterminde nih susah jugak tau. Banyak nak kena pikir...backup plan kena siap2. Kalau x...x menjadi keje nyer.

Tadi sebelum aku nak tdo...aku ade la baca 1 artikel dalam web. Aku sukakan gaya penulisan blogger nih. Kupasan yang beliau buat...cukup padat. Pada pendapat aku...beliau ni seorang yang bijak berfikir kehadapan. Tajuk artikel die Artikel 153. Kalau korang nak baca korang boleh masuk url nih : http://www.kempenkitamestibersatu.com/2008/11/07/artikel-153/

Artikel ni panjang jugak. Aku siap save artikel beliau dlm words. Esok aku cuba quotes petikan dalam artikel tu kat sini. Kalau korang rajin korang boleh masuk la url yg aku kasi kat atas tuh.

Till tomorrow...

Wassalam

Sunday, October 26, 2008

Membaca Amalan Mulia

Hehehe...tajuk cam best jer. Saje je letak tajuk tu. Aku pun bukannye tergolong dalam golongan orang yang suka membaca. Biase nye aku tengok je tajuk n sinopsis nye. Kalau ade perkara yang aku tak tau lagi baru la aku baca.

Sebut pasal membaca nih...baru² ni aku terbaca la posting blog nih. Tajuk die "Bahaya Bahan Melamine". Sape yg nak tau lebih lanjut...boleh klik kat tajuk tu. Tuan empunya blog ni nama panggilan die Tirana. Posting die ni cukup ngn pictures...penerangan n sewaktu dengan nye.

Hari ni memang aku xde mende nk buat langsung. Tido je manjang. Ntah la...asal aku bangun jer mesti dalam kepala ni asyik jalan jer. Asyik berfikir jer. Kadang² tu jenuh jugak berfikir nih. Rasa nak rehatkan kepala jer. Sebab tu hari ni aku manyak tdo. Dengan tdo la kepala aku boleh tenang.

Esok...ape aku nak buat esok ek. Rase² cam nk tdo jugak la. Hehehe... Susah betul kalau kepala asyik pikirkan orang lain dari pikirkan diri sendiri. Letih. Bosan. Serabut. Ade sorang hamba Allah ni...segan aku nak jumpe die. Yerla...mane x nye. Asal jumpe mesti la die baca ape yg tersirat dalam hati n kepala aku. Kalau dengan orang cam gini memang aku awal² mengalah la. Takut beb. Hehehe... Ape yg die cakap baru2 ni aku xleh nak lupa lagi. Huhuhu... Ayat nye ringkas jer. "Senyum dalam sedih". Terkena batang hidung haku. Ngeh ngeh ngeh...

Sebelum nk tdo malam ni aku nak main game dulu. Game Dogfight Online. Layan puas². Dah ngantuk baru tdo...

Saturday, September 6, 2008

Persoalan Fadhilat Solat Terawih

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


Sumber dari : Portal Jakim (MUFTI NEGERI - Terengganu)

Tag : ,

Thursday, August 28, 2008

My Second Blog

I've create my second blog. Named Terengganu's Boy. This blog for sharing information about my state, Terengganu. Its past history...recent events...and also what I've in mind about my state. Just posting 2 3 news in there. There will b more information I'll write later. However...that blog still in configuration and setting phase.

Give a visit there and share your comments with me...

Tag : , , ,

Thursday, June 12, 2008

Nak Harga Minyak Kurang ?!

Nak kurangkan harga minyak?! Ade jalan die. Tp kena batul2 buat n kite kena betul2 bersatu la dalam hal ni. Perkara ni x mustahil. Baca petikan yg aku dapat hari ni.

Kalau betul.....Why not try?.....

Tolong baca sampai habis². Buah fikiran yg sangat baik. Mari kita renung dan fikir fikirkan kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Nampaknya harga petrol 2.70. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.

Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu :

1) ESSO/MOBIL

2) SHELL

3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? Dan seterusnya... Cara lainnye...posting dlm blog korang. Lg ramai visitor blog korang....lg bagus korang letakkan dlm blog korang.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.

2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan

PROJET.

Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu
hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.

Mudah saja, anda cuma perlu.......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,

2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Hehehe...itu sahaja petikan yg aku dapat. Terpulang la pada korang camne. Aku mmg isi minyak kat petronas jer. Korang aku x tau. Thats all....

Wednesday, March 5, 2008

Scam email....

Kat bawah ni aku nak bagi email scam yg aku dapat:

Microsoft Promotion Award Team
40 Ryecroft Way Stopsley
London,
United Kingdom.


MICROSOFT WINNING NOTIFICATION.


We wish to congratulate you once again on this note, for being part of
our winners selected this month. This promotion was set-up to encourage
the active users of the Internet Microsoft Windows.

Hence we do believe with your winning prize, you will continue to be
active and patronage to the Microsoft Windows. We wish to formally
announce to you that you have successfully passed the requirements, statutory
obligations, verifications, validations and satisfactory report Test
conducted for all on line winners.

A winning cheque will be issued in your name by Microsoft Corporation
board, You have therefore won the entire sum of £450,000,00 {Four
Hundred And FiftyThousand Great British Pounds} and also a certificate of
prize claims will be sent along side your winnings cheque.

Sir.Keith Dixon
Microsoft Promotion Award Team
Email:sir.keithdixon@micro-xp-promo.com

You are advised to contact your Foreign Transfer Manager with the
following details to avoid unnecessary delay and complications:

VERIFICATION AND FUNDS RELEASE FORM.
(1) Your contact address.
(2) Your Tel/Fax numbers.
(3) Your Nationality/Country.
(4) Your Full Names.
(5) Occupation/Age.
(6) Your Preferred Method Of Receiving Your Prize(From Below)

Mode Of Prize Remittance.

(1)Cash Pick-Up (You coming Down to United Kingdom Personally to Pick
Your Prize).

(2)Courier Delivery Of your Certified Winning Cheque Name and other
Winning Documents safely to you.


The Microsoft Windows lottery has discovered a huge number of double
claims due to winners informing close friends relatives and third parties
about their winning and also sharing their pin numbers. As a result of
this, these friends try to claim the lottery on behalf of the real
winners. The Microsoft lottery has reached a decision from headquarters
that any double claim discovered by the Lottery Board will result to the
canceling of that particular winning, making a loss for both the double
claimer and the real winner, as it is taken that the real winner was
the informer to the double claimer about the lottery. So you are hereby
strongly advised once more to keep your winnings strictly confidential
until you claim your prize.

Congratulations from the Staffs & Members of the interative Lotteries
Board Commission

Sincerely,
Dr. Vicki Abraham
Microsoft Promotion Award Team


Harap2 kalau korang dapat email camni...delete jer terus. Lg 1 pasal email yg cakap Bill Gates nak kasi duit tu. Jangan percaya sgt la.

Resource From Sophos

1) 18-year-old alleged botnet king appears in New Zealand court

Is your computer under someone else's control? An 18-year-old
programmer from Hamilton, New Zealand has been accused of being at the
center of an international cybercrime network and faces up to 10 years
in jail. Owen Thorn Walker has been charged with two counts of
accessing a computer for dishonest purposes, damaging with a computer
system, possessing software for committing crimes, and two counts of
accessing a computer system without permission. Continue reading for
more information on zombie computers and how to protect your network.

http://www.sophos.com/news/2008/02/nz-teen-charged.html



2) Free RSS feeds deliver live malware information and security news

You can benefit from our free malware and security news RSS
feeds - ensuring you are always up-to-the-second with news
about the latest viruses and scares straight from the experts.
he feeds are completely free and take only seconds to add to
your RSS reader. Find out more now!

http://www.sophos.com/feeds



Source : http://www.sophos.com/

Tuesday, February 19, 2008

20 Blog Hos Palign Popular

Hari ni aku ade terbaca artikel pasal 20 Blog Host yang paling popular. So...aku nak senaraikan kat sini. Kalau rasa cam bermiant nak buat Blog selain guna Blogger.com...korang boleh klik jer kat bawah ni. Aku dah link kan ke website die.

  1. Blogger.com
  2. Wordpress.com
  3. Xanga
  4. Live Journal
  5. Multiply
  6. Windows Live Spaces
  7. Fotolog
  8. Fotopages
  9. Flickr
  10. Diary Land
  11. Type Pad
  12. Clear Blog
  13. Yahoo! 360
  14. Open Diary
  15. My Opera
  16. Blogsome
  17. Facebook
  18. MySpace Blog
  19. tBlog
  20. Blog Drive
Dari sumber Technocrati, salah satu enjin carian Internet, ade labih kurang 112 juta Blog atau lebih kurang 175,000 Blog baru dicipta setiap hari. Tinggi tuuuu. Penggunaan Blog tidak terbatas. Boleh digunakan sebagai diari, catatan harian, jurnal mahupun medium pengiklanan. Nak buat duit dengan Blog pun boleh kalau kena caranye. Bunyik cam best jer. Tapi nak tau cara yang betul tu susah. Dalam masa yang sama jgk...ade yg salah guna Blog untuk tujuan x baik. Contohnye...pikir2 la sendiri. Hehehe....

Kalau nak tau maksud bagi perkataan Blog tu...klik jer kat sini. Aku dah setkan link ke wikipedia. Saper2 yang berminat nak tau camne nak buat duit melalui blog...boleh klik kat sini ataupun klik gambar kecik kat sebelah kanan.

Template by - Abdul Munir - 2008