Sunday, April 27, 2008

Home Sweets Home

Letih lagi naik bas balik. Tido pun still lagi cam x cukup jerk. Balik umah seronok jer tp rs boring jgk. Kawan2 xde kat kampung. Aku dapat cuti pun cuma seminggu jer. 3hb 5 dah nak kena balik Johor balik. Huhuhu....cedih cedih cedih. Duduk kat kampung lg best. Seminggu...hurm..ape ek yg aku boleh buat dalam seminggu ni. Nak jalan2...member2 x balik. Jalan sorang2 x best. Xkan la nak lepak jer kat umah cuti seminggu nih.

Ramai kawan2 dah nak habis dah study. Tinggal aku ngan 3 4 org jer lagi yg kena buat short sems untuk final year nye project. Sakit jantung ler lepass ni. Start 5hb 5 sampai la 27hb 6...kena kuarantin. 8.00 a.m to 5.00 p.m. Dalam LAB. Mmg kompem sejuk ler. Aku lak alahan dengan aircond. Duduk x sampai setengah jer...kompem dah ketar2. Huhuhu...kena cari baju sejuk yg tebal cikit ler. Nasib la aku sambung jer project asal aku. Kalau buat projek baru...mmg xde can ler nak balik ni. Aku balik ni pun nak release tension cikit. Tukar2 angin. Nanti kena kurung 8 minggu laks. Kena enjoy puas2 hati ler seminggu nih.

Kepal ting tong dah. Baik aku tido. Lagipun esok nak kena bangun awal. Ade hal cikit kat bandar. Zzz.....

Saturday, April 12, 2008

Ohhh...PSM....PSM...PSM

PSM (Projek Sarjana Muda) aku...huhuhu...manyak cedih ler. Semalam AJK PSM sms aku bgtau aku nye final year project gagal. Kena jumpe penyelia sebelum 15hb utk discuss camne. Aku dah sakit jiwa dah. 50-50 la jawabnye aku boleh habiskan sems last ni kat UTM. Kalau penyelia xnak tolong aku...terpaksa la aku buat short sems @ sems Mei. Masa + Duit lagi la jawabnye.

Hampir 3 minggu aku tido x aman. Asyik mengigau jer ngan PSM. Malam tadi pun mengigau lagi. Ape nak jadi la aku nih. Baru2 ni aku dah present final year project tu. Dari 3 objektif sistem aku...objektif pertama penilai aku cakap die boleh terima separuh jer. Objektif ke-2 die terima. Objektif ke-3 mmg xleh diterima @ x tercapai. Mmg la x tercapai pasal objektif tu berkait dengan penggunaan device RFID. Dah la device tu aku dapat lebih kurang 2 minggu lepas. Mmg x cukup masa utk aku explore n cari source code utk programkan device tu.

Hari Isnin ni kena dapat jumpa penyelia aku. Dari awal sems lagi aku x berkesempatan jumpe die. Selalunye die xde kat ofis. Timbalan Dekan (Pembangunan) la katakan. Mmg bz manjang la. Alhamdulillah die dapat luangkan masa untuk aku hari Isnin ni. Harap2 die boleh bantu aku utk lulus. Aku mesti lulus jgk sems ni. Xleh extend or repeat sems or repeat paper. Semua tu aku dah x mampu nak bertahan. Otak aku ni pun cam dah tepu...

Hurm...ingatkan nak cari source lg dlm Internet berkaitan RFID ni. Tp WifiUTM ni lak dah seminggu buat hal. Nak marah2...xleh la pasal UTM kasi free. Kalau berbayar...mmg aku sound ler service camni punye kualiti. Cukup la tu aku posting hari ni. Lain kali lak sambung...

Thursday, April 3, 2008

Kisah Teladan 01

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Template by - Abdul Munir - 2008