Saturday, April 12, 2008

Ohhh...PSM....PSM...PSM

PSM (Projek Sarjana Muda) aku...huhuhu...manyak cedih ler. Semalam AJK PSM sms aku bgtau aku nye final year project gagal. Kena jumpe penyelia sebelum 15hb utk discuss camne. Aku dah sakit jiwa dah. 50-50 la jawabnye aku boleh habiskan sems last ni kat UTM. Kalau penyelia xnak tolong aku...terpaksa la aku buat short sems @ sems Mei. Masa + Duit lagi la jawabnye.

Hampir 3 minggu aku tido x aman. Asyik mengigau jer ngan PSM. Malam tadi pun mengigau lagi. Ape nak jadi la aku nih. Baru2 ni aku dah present final year project tu. Dari 3 objektif sistem aku...objektif pertama penilai aku cakap die boleh terima separuh jer. Objektif ke-2 die terima. Objektif ke-3 mmg xleh diterima @ x tercapai. Mmg la x tercapai pasal objektif tu berkait dengan penggunaan device RFID. Dah la device tu aku dapat lebih kurang 2 minggu lepas. Mmg x cukup masa utk aku explore n cari source code utk programkan device tu.

Hari Isnin ni kena dapat jumpa penyelia aku. Dari awal sems lagi aku x berkesempatan jumpe die. Selalunye die xde kat ofis. Timbalan Dekan (Pembangunan) la katakan. Mmg bz manjang la. Alhamdulillah die dapat luangkan masa untuk aku hari Isnin ni. Harap2 die boleh bantu aku utk lulus. Aku mesti lulus jgk sems ni. Xleh extend or repeat sems or repeat paper. Semua tu aku dah x mampu nak bertahan. Otak aku ni pun cam dah tepu...

Hurm...ingatkan nak cari source lg dlm Internet berkaitan RFID ni. Tp WifiUTM ni lak dah seminggu buat hal. Nak marah2...xleh la pasal UTM kasi free. Kalau berbayar...mmg aku sound ler service camni punye kualiti. Cukup la tu aku posting hari ni. Lain kali lak sambung...

0 comments:

Template by - Abdul Munir - 2008