Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Ape Citer Dari Aku?

Kali ni lama gile aku x wat sebarang posting. Mayb otak beku kot. Xpon xde mood. Hehehe... Posting ni pun aku xtau nak letak tajuk per. Kepala manyak kusut 2 3 minggu nih. Aku cuma nak wat ringkasan utk peristiwa yg berlaku dlm tempoh 2 3 minggu nih.

Ringkasan Pertama :
Pilihanraya kecil Parlimen aku (Parlimen Kuala Terengganu). Best pon ade serabut pon ade. Yg bestnye aku tgk meriah gile kat kawasan aku ni. Yg serabutnye ceramah politik sampai kul 1 2 pagi. Hehehe... Normal la tu kan pilihanraya. Kata mengata + kutuk mengutuk sesame sendiri. Kedai2 makan tepi2 jalan mmg dpt manyak untung la. Mane xnye...tiap2 malam mest penuh gile. Sampaikan aku nk "ngeteh" pun kena cari port laen. Dr segi positifnye...pemilik2 kedai makan ni mendapat rezeki yg 3 4 kali ganda dr kebiasaan. Xpon 10 kali ganda kot. X sempat lak aku nk interview pemilik2 kedai makan nih. Hehehe...

Ringkasan Kedua :
Penganggur. Hehehe... Bab sensitif jgk nih. Dah masuk bulan ke-6 aku tanam anggur nih. Graduation bulan 8 tahun 2008. Mmg aku sengaja nk rehat 2 3 bulan. Ni dah terlebih berbulan2 dah ni. Dalam tempoh aku cuba mintak + cari keje kat Terengganu. So far xde rezeki lagi. Sempena tahun baru baru2 ni aku plan nk cuba cari kat luar dari Terengganu. So far...xde rezeki jgk. Tp at least ade jugak usaha. Setakat ni lebih kurang 15 kerja aku apply melalui jobstreet. 6 gagal dan 9 lg dlm proses. Requirement at least 1-2 years experience in related field. Huhuhu... Camne aku nak ade experience kalau x diberi peluang. Susah aku nak jawab soklan ni. Xde pengalaman jadi penganggur lg. Baru nk kutip pengalaman sebagai penganggur nih. Hehehe....

Ringkasan Ketiga :
Suasana politik di Perak. Hurm...yg ni aku xnak komen lebih2 sangat. Maklumla aku ni bukan rakyat Perak. So pengetahuan aku mengenai keadaan semasa di Perak agak kurang or may kurang. Kerana pergolakan politik di Perak sekarang ni...satu Malaysia kecoh + kelam kabut. Bahyer nih...

Ape yg aku nak bagi komen ni berdasarkan pembacaan + pemerhatian melalui perlbagai saluran media. Ni pendapat aku sendiri la. First thing is...pengisytiharan pembubaran DUN/Kerajaan Negeri. Setakat yg aku tau nye...MB perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembubaran DUN/Kerajaan Negeri. Tp silap nye buat sidang media dulu baru nak mendapatkan perkenan Sultan. Betul ke cara tu? 2'nd thins is...Sultan berhak melantik atau memecat MB mengikut budi bicara baginda dan atas nasihat pemimpin parti yg menang bukan? Kalau dah baginda Sultan me"nasihat"kan MB letak jawatan...kena paham2 sendiri la yer. 3'rd...campur tangan pihak selain dari rakyat Perak dalam kes ni. Ambik contoh yg di tahan kerana wat demonstrasi tu...bukan ke mereka orang luar dari Perak? Pelik btol la camne die org ni berfikir.

Demokrasi ?! Bukan ke Malaysia mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan? Demokrasi Malaysia bukan cam demokrasi Amerika or negara2 laen. So ade perbezaan nye. Tengok ape dah jadi sekarang. Kacau jadi nye Malaysia nih. Ntah la... Yg sebelah pihak ni mengatakan memperjuangkan demokrasi. Yg sebelah lagi memperjuangkan kedaulatan Sultan. Sebelah pihak lagi mengatakan memperjuangkan bangsa Melayu. Yg sebelah pihak lagi mengatakan memperjuangkan hak sama rata. Macam2 la die org katakan. Tp yg aku dok peratikan...banyak yg cakap x serupa bikin. Banyak yg menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Buka la mata...buka la hati...nilai la dengan akal dan iman kita wahai rakyat Malaysia. Bile dalaman negara porak peranda...mudahla pihak luar nak takluk. NAK KE JADI CAMTU? NAK KE JADI CAM PALESTIN? Palestin x dpt nk pertahankan negara mereka kerana sebab utama nye FATAH vs HAMAS.

Perkara ni terpulang pada raktay negeri Perak untuk tentukan. Hanya mereka yg berhak ke atas negeri mereka. Org luar tu xyah nk terlebih sebok lak dah la yer. Semoga rakyat negeri Perak dapat teruskan aktiviti seharian seperti biase.


Penutup bebelan aku :
Ade 2 petikan ayat yg buat aku sentiasa berfikir :

  • "Bodoh xleh nak di ajar...cerdik xleh nak tumpang"
  • "Menang Sorak Tapi Kampong Tergadai"
So...paham2 la.

Erks...manyak nye aku membebel kali nih. Hik hik hik.... Cukup la tu untuk kali nih.

Friday, January 2, 2009

Calon PAS Bagi Kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Akhirnya terjawab soalan aku pasal calon PAS. Hehehe... Orang nye ialah Hj Abdul Wahid Endut.



Kat atas gambar calon mereka. Nampaknye kali ni cam sengit jer. Tp xpe la. Asalkan anak Terengganu. Sape yang menang n sape yang kalah kite tunggu je la keputusan die 17hb Januari nih. Aku sokong dua² kalau masing² ikhlas dalam perjuangan mereka. Sendiri faham la ek.

Sumber : Calon Pas

Thursday, December 11, 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu

Akhir nya...tarikh dah diumumkan. Calon2 nye belum tau lg siapa. Ntah sape2 la nanti jadik calon nye. Penting jgk bg aku untuk amik tau pasal DUN aku ni termasuk dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Kire kena mengundi ler. Cuma nye kalau boleh biarlah calon tu dari orang negeri aku sendiri...dari kawasan Parlimen aku. Nape nak import orang luar? Org luar paham ke keadaan n keperluan orang kite? Nape la suke sgt buat mende yg x pikir betul2. Janganla jadi cam pak kaduk. Menang sorang tapi kampong tergadai. Aku nak membebel lebih2 kan di kata nye aku ni xtau ape2...bodoh...kurang ajar n macam2 la. Ngomel sorang2 je la jawab nye.

Sumber akhbar : Tarikh Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Untuk posting kali ni aku xde mood sangat nak membebel banyak sangat. Lebih2 lagi bab politik pasal mende mmg xkan ade kesudahan. Masing2 nak menegakkan pendapat masing2 tanpa dapat memberi peluang atau mengambil kira pendapat orang lain. Ramai yg terlalu ikutkan perasaan.

After 2-3 years I'm thinking about something. Hari ni tercapai jgk la utk aku sampaikan ape aku yg aku pikirkan tu pada org yg sepatutnya. Kire lega jugak la dalam kepala aku nih. Aku dh pikir masak2 pro n cons nye. So...what ever happend after this...I've to accept it. Whether its happy or sorrors. Cam gula2 sweet n sour lak. Hehehe....

Selalu jugak aku dengar..."Sayang x semestinye memiliki...ade kalanya kerana sayang kita terpaksa lepaskan". Ntah la...aku pun x kompem sejauh mane betul ayat tu. Banyak takrifan yg aku boleh kasi pasal ayat tuh. Malas jugak aku nak pikir panjang2...lgpun ade mende laen lagi yg aku kena pikir nih. Sebagai contoh...kul brape la aku nak tdo ni. Dah dekat kul 3 pagi dah nih. Hehehe... Dah la esok nak p kenduri kawen kawan baek aku. Tdo..tdo...tdo.... Laen kali lak aku nak membebel.

Template by - Abdul Munir - 2008