Wednesday, June 25, 2008

Miss My Home

Ayark...minggu ni xleh balik lagi. Huhuhu...cedih2....rosak plan aku. Huhuhu.... Semalam dah demo system kat penilai. So far ok la...tp x dpt lg borang komen die. Esok la p ambik borang komen tu. Harap2 xde la byk sgt kena baiki balik. X larat + x sanggup dah.

Plan nak balik minggu terpaksa ditangguh pasal penyelia aku lak ngader2 nk aku demo lg system kat die minggu depan. Dah try mintak demo minggu ni jgk ngan die...tp die lak xde kat fakult minggu ni. Frustrated...very frustrated. Plan2 aku rosak..rosak...

Dah la hari ni last boleh duduk asrama. Sepatutnye kena kosongkan bilik ni hari. Mane la aku nk duduk nk tunggu minggu depan ni. Aiyaaa... Nak x nak kena try mintak lagi 2 hari ngan ofis td. Nasib baik la die kasi. Malam esok aku nk punggah semua barang2 aku ni hantor kat umah sewa kawan aku. Nasib baik dekat jer.

X sabar nak balik...huhuhu....

Monday, June 16, 2008

Tak Lama Dah...

Tak lama lagi habis lah aku study kat sini. Insya-Allah....

Cuma tinggal lagi 11 hari jer. Dalam masa 11 hari tu jgk la aku kena settlekan semua. System + Tesis. Rasa seronok lak bile bilang hari nak habis. Dlm masa yg sama...rasa tertekan pun ade. Takut jgk kalau x dapat settlekan dalam tempoh tu. Aku plan nak balik hujung minggu depan. Tp semua tu kena settle dulu la. Mayb paling lewat aku boleh balik...dlm minggu ke-2 bulan 7 ni. Terseksa...cukup terseksa menunggu.

System progress hampir 80%. Tesis?! Huhuhu..yg ni sakit. Banyak jgk nk kena betulkan ni. Hujung minggu ni nak kena submit draft tesis pd penilai. Minggu depan 23hb-24hb lak kena present. Final submit tesis 27hb. Kalau semua ikut plan aku...dapat la aku balik dlm 27hb malam paling awal. Balik Terengganu nanti banyak la benda aku nak buat. Kat sini limited sikit.

Terengganu....tungguuuuu aku... Hua hua hua...

Thursday, June 12, 2008

Nak Harga Minyak Kurang ?!

Nak kurangkan harga minyak?! Ade jalan die. Tp kena batul2 buat n kite kena betul2 bersatu la dalam hal ni. Perkara ni x mustahil. Baca petikan yg aku dapat hari ni.

Kalau betul.....Why not try?.....

Tolong baca sampai habis². Buah fikiran yg sangat baik. Mari kita renung dan fikir fikirkan kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Nampaknya harga petrol 2.70. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.

Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu :

1) ESSO/MOBIL

2) SHELL

3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? Dan seterusnya... Cara lainnye...posting dlm blog korang. Lg ramai visitor blog korang....lg bagus korang letakkan dlm blog korang.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.

2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan

PROJET.

Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu
hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.

Mudah saja, anda cuma perlu.......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,

2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Hehehe...itu sahaja petikan yg aku dapat. Terpulang la pada korang camne. Aku mmg isi minyak kat petronas jer. Korang aku x tau. Thats all....

Wednesday, June 11, 2008

Field Strip Desert Eagle 50

Nice one...

Tuesday, June 10, 2008

Pembohongan Audio Azab Kubur

Lihat...dengar...nilai dengan akal yg diberikan Allah.

Friday, June 6, 2008

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

Hari ni aku dapat email dari kawan aku pasal pertandingan dari celcom. Kat bawah ni aku psot kan ape yg aku terima. Sama² kita dapat pengjaran.

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan



ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

Peserta mungkin berkata "Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun" Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata :-
"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang " Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya :
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu, "dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.

terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz??

Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.

Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk. Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :-

Cuba baca pengakuan seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm, saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni..."


Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.

Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )


Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.

Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
3 Jun 2008

Thursday, June 5, 2008

DEMO 2

Kuang kuang kuang...happy aku hari ni. Tp esok blum tentu. Hari ni aku nye system completely running. Aku cuma testin main function jer. Esok supervisor mau tgk arr. Harap2 die xde suruh tambah benda2 yg rumit dah la. Pecah kepala lak nanti. Dah la aku skrg ni ibarat jasad jer kat UTM. System can read id tag...can retrieve data based on input receive from the reader. Need to adding some little function to make the system looks cool or mayb neat.

As for the report...aku main hanatam ajer la. Hahahaha... Mesti supervisor aku fening2 ler. Bior la...dah die nak sgt hari ni. Aku kasi jer la mane yg sempat aku ubah. Lg 3 minggu habis la aku kat cni. Lepas pada tu boleh la aku balik umah. Windu katil aku...windu bantal aku...windu kain 'gebor'...bantal golek jer xde. Kena cari jgk lepas nih. N yg paling penting aku windu nak pekenakan adik bongsu aku tuh. Jaga la.... Mesti berguni2 la kena usik.

2nite got to sleep early coz tomorror demo 2'nd at 10 am. Kan x pasal terlewat bangun...mau hangin supervisor aku kan.

kata2 terakhir sebelum meninggal dunia

Wednesday, June 4, 2008

Bersembahyang sebelum MATI menjemput (ke kubur)

Sunday, June 1, 2008

1 Month To Go

Hanya tinggal lagi sebulan. Lebih tepat lagi 26 hari lg untuk habiskan short sems aku kat cni. Dah x sabar2 nak balik kg. Pressure makin bertambah. Ape² pun aku kena settlekan jgk project ni. Bukan setakat system kena jalan...report pun kena siapkan. Kalau nak ikutkan semua requirement yg supervisor aku bgtau..mmg aku dah x mampu. I can't do more than I'm doing rite now. So much pressure.

Template by - Abdul Munir - 2008