Wednesday, February 11, 2009

Ape Citer Dari Aku?

Kali ni lama gile aku x wat sebarang posting. Mayb otak beku kot. Xpon xde mood. Hehehe... Posting ni pun aku xtau nak letak tajuk per. Kepala manyak kusut 2 3 minggu nih. Aku cuma nak wat ringkasan utk peristiwa yg berlaku dlm tempoh 2 3 minggu nih.

Ringkasan Pertama :
Pilihanraya kecil Parlimen aku (Parlimen Kuala Terengganu). Best pon ade serabut pon ade. Yg bestnye aku tgk meriah gile kat kawasan aku ni. Yg serabutnye ceramah politik sampai kul 1 2 pagi. Hehehe... Normal la tu kan pilihanraya. Kata mengata + kutuk mengutuk sesame sendiri. Kedai2 makan tepi2 jalan mmg dpt manyak untung la. Mane xnye...tiap2 malam mest penuh gile. Sampaikan aku nk "ngeteh" pun kena cari port laen. Dr segi positifnye...pemilik2 kedai makan ni mendapat rezeki yg 3 4 kali ganda dr kebiasaan. Xpon 10 kali ganda kot. X sempat lak aku nk interview pemilik2 kedai makan nih. Hehehe...

Ringkasan Kedua :
Penganggur. Hehehe... Bab sensitif jgk nih. Dah masuk bulan ke-6 aku tanam anggur nih. Graduation bulan 8 tahun 2008. Mmg aku sengaja nk rehat 2 3 bulan. Ni dah terlebih berbulan2 dah ni. Dalam tempoh aku cuba mintak + cari keje kat Terengganu. So far xde rezeki lagi. Sempena tahun baru baru2 ni aku plan nk cuba cari kat luar dari Terengganu. So far...xde rezeki jgk. Tp at least ade jugak usaha. Setakat ni lebih kurang 15 kerja aku apply melalui jobstreet. 6 gagal dan 9 lg dlm proses. Requirement at least 1-2 years experience in related field. Huhuhu... Camne aku nak ade experience kalau x diberi peluang. Susah aku nak jawab soklan ni. Xde pengalaman jadi penganggur lg. Baru nk kutip pengalaman sebagai penganggur nih. Hehehe....

Ringkasan Ketiga :
Suasana politik di Perak. Hurm...yg ni aku xnak komen lebih2 sangat. Maklumla aku ni bukan rakyat Perak. So pengetahuan aku mengenai keadaan semasa di Perak agak kurang or may kurang. Kerana pergolakan politik di Perak sekarang ni...satu Malaysia kecoh + kelam kabut. Bahyer nih...

Ape yg aku nak bagi komen ni berdasarkan pembacaan + pemerhatian melalui perlbagai saluran media. Ni pendapat aku sendiri la. First thing is...pengisytiharan pembubaran DUN/Kerajaan Negeri. Setakat yg aku tau nye...MB perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembubaran DUN/Kerajaan Negeri. Tp silap nye buat sidang media dulu baru nak mendapatkan perkenan Sultan. Betul ke cara tu? 2'nd thins is...Sultan berhak melantik atau memecat MB mengikut budi bicara baginda dan atas nasihat pemimpin parti yg menang bukan? Kalau dah baginda Sultan me"nasihat"kan MB letak jawatan...kena paham2 sendiri la yer. 3'rd...campur tangan pihak selain dari rakyat Perak dalam kes ni. Ambik contoh yg di tahan kerana wat demonstrasi tu...bukan ke mereka orang luar dari Perak? Pelik btol la camne die org ni berfikir.

Demokrasi ?! Bukan ke Malaysia mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan? Demokrasi Malaysia bukan cam demokrasi Amerika or negara2 laen. So ade perbezaan nye. Tengok ape dah jadi sekarang. Kacau jadi nye Malaysia nih. Ntah la... Yg sebelah pihak ni mengatakan memperjuangkan demokrasi. Yg sebelah lagi memperjuangkan kedaulatan Sultan. Sebelah pihak lagi mengatakan memperjuangkan bangsa Melayu. Yg sebelah pihak lagi mengatakan memperjuangkan hak sama rata. Macam2 la die org katakan. Tp yg aku dok peratikan...banyak yg cakap x serupa bikin. Banyak yg menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Buka la mata...buka la hati...nilai la dengan akal dan iman kita wahai rakyat Malaysia. Bile dalaman negara porak peranda...mudahla pihak luar nak takluk. NAK KE JADI CAMTU? NAK KE JADI CAM PALESTIN? Palestin x dpt nk pertahankan negara mereka kerana sebab utama nye FATAH vs HAMAS.

Perkara ni terpulang pada raktay negeri Perak untuk tentukan. Hanya mereka yg berhak ke atas negeri mereka. Org luar tu xyah nk terlebih sebok lak dah la yer. Semoga rakyat negeri Perak dapat teruskan aktiviti seharian seperti biase.


Penutup bebelan aku :
Ade 2 petikan ayat yg buat aku sentiasa berfikir :

  • "Bodoh xleh nak di ajar...cerdik xleh nak tumpang"
  • "Menang Sorak Tapi Kampong Tergadai"
So...paham2 la.

Erks...manyak nye aku membebel kali nih. Hik hik hik.... Cukup la tu untuk kali nih.

4 comments:

Tirana said...

Lamanya tak nampak, sekali nampak membebel panjang..hehehe.. InsyaAllah, tentu satu hari nanti dapat kerja. Tak pun, kerja sendiri..jadi tauke..hehehe

Soulfree said...

Hik hik hik... Biase la akak. Lama berdiam diri manyak la mende nk membebel tuh. Org kata per...org yg memendam ni bile meletop...semua kena. Hehehe...

Kerja sendiri?! Ade gak niat camtu. Sebelum nak keje sendiri tu kena la kumpul pengalaman dulu. Ape2 hal pun nak try apply DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Tunaikan hajat kawan yg nk sgt tgk sy jadi cikgu cam die. Sekurang2 nya sy apply nanti terubat la hajat die tu. Dpt x dpt blakang kira. Ikhtiar + usaha tu dilebihkan dulu. Amin....

Kojue said...

wahh..nak apply DPLI??? Saya sokong ajer..hehehhee..Hidup CIkgu!!!!!!!!

Soulfree said...

Wahaha..dah siap apply dah pun. Cikgu mmg la menyokong orf laen jd cikgu jgk. ;p

Template by - Abdul Munir - 2008