Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Sudah Tiba

Ramadhan tiba lagi. Malam ni malam pertama Terawih. Aku ade dapat email pasal bulan Ramadhan. Aku paste je la kat bawah nih.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepadaNYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ....lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju keredhaan serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belasNYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


Tag : ,

Barbecue Kat Sekayu

2 hari lepas aku p Sekayu. Saje2 buang masa kat sana. P dalam 8 orang. Hajatnye nak p kat atas skali. Pikir2 balik kat bawah jer la. Safety ckit. Lgpun cuaca x brape elok. Mendung jerk. Aku p cna bukan nk mandi sgt. Just nak enjoy + release dlm kepala nih. Sampai sana lewat jgk. Sampai jer siap2 bakar ayam ler.

Dah siap bakar2 ayam...rs cam nk p berendam la dlm air. X sampai 10 minit pun berendam...aku naik...SEJUK. Pelik jgk aku tgk org lain ade yg sampai sejam lebih dok berendam dlm tu jer. Mesti penebat power giler nih. Hehehe...nasib badan la aku ni sekeping jgk. :-)

Tgh syok2 lepak atas batu...hujan la pulak. Rosak program... Sambil tunggu hujan berenti...aku siap2 la ape yg patut. Rs ngantuk sgt..aku tdo la kejap sambil tunggu hujan berenti. Dah la malam tu aku x tdo. Letih + ngantuk.

Pic aku x leh nak masuk lg kat cni. Nanti2 la aku masukkan. Aku nak tdo dulu.

Lupa..hari ni masuk dah hari MERDEKA. Selamat menyambut hari MERDEKA semua. Kat depan jalan umah aku ni mamat2 rempit tgh merempit. Lantak korang la kalau korang rasa e2 cara korang tunjukkan yg korang ni anak MERDEKA.

Tag : ,

Thursday, August 28, 2008

My Second Blog

I've create my second blog. Named Terengganu's Boy. This blog for sharing information about my state, Terengganu. Its past history...recent events...and also what I've in mind about my state. Just posting 2 3 news in there. There will b more information I'll write later. However...that blog still in configuration and setting phase.

Give a visit there and share your comments with me...

Tag : , , ,

Tuesday, August 26, 2008

Proton Saga BLM




Oleh kerana aku boring sgt hari...aku try search kat youtube pasal kete ni. Mamat ni cam poyo jerk aku nengok nye. Lagi 1 video klip aku jumpe...special for those who have a bad day.





Well...enjoy it.

Tag : , , ,

Sunday, August 24, 2008

Selesai 1 Perkara

Alhamdulillah....


Settle dah exam aku. Result nye ntah bile boleh tau.
Yg penting aku dah settlekan yang ni. Bahagian 1A, 2A, B dan C aku boleh jawab.
Cuma bahagian D ngan E jer aku x yakin. Xde idea sangat bab menulis panjang2 nih.

Sekarang concentrate on applying another jobs.

So far aku dapat tau kat LHDN ade kekosongan...4 jawatan kalau x silap. Setiap jawatan tu ramai jgk yg die nak. Tarikh tutup nye 26hb ni. Sape yg nak boleh surf website LHDN.


Tag : ,

Saturday, August 23, 2008

SPA Exam

Esok 23hb aku ade exam SPA. Tempat nye kat Universiti Teknologi Mara Kampus Chendering. Aku x pasti kat mane. Mayb kat KYT kot. Hehehe...

Dalam 10 jawatan yang aku apply hanya 4 jer yg dapat untuk sessi ni.
  1. Pegawai Belia dan Sukan
  2. Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  3. Pegawai Arkib
  4. Pegawai Tadbir
Harap2 lulus la exam ni. Amin.....

Thursday, August 21, 2008

Test Drive BLM Baru...

Proton BLM. Semalam aku dah test drive kete adik aku tu. Hari ni hajatnye nak test drive lagi. Tp tgk keadaan dulu. So far boleh la tahan. Tp aku pelik sikit ngan clutch n minyak die. Time bawak best la jgk. Yg x best nye feeling time pecut tu xde. Cam xde pickup jer.

Hari ni aku nk test balik time nk pecut @ accelaration die. Hehehe... Aku nk lenjam habis2 hari ni. Esok die dah balik. Hua hua hua...

Tuesday, August 19, 2008

Konvo At Last.....

Alhamdulillah...syukur pada Allah.

Akhirnya...konvo jugak aku kali ni. Aku konvo hari Sabtu 17hb Ogos 2008. Kire tarikh keramat jugak la. Hampir 3 tahun aku usahakan...akhirnya selesai jgk. Perit jugak dalam tempoh nak dapatkan segulung ijazah. Huhuhu... Seronok pun ade. Pendek kata "Macam² adaaa....".

Lepas ni baru la aku boleh cari + apply keje dengan hari yg tenang. Harap2 rezeki aku dapat keje dipermudahkan. Amin.... Pic aku pakai jubah konvo UTM...pic x lawa sgt. Ambik pakai hp jer. Xde kamera analog maupon digital.


Ni la pic konvo aku.



X brape menjadi sangat pic ni pasal aku ambik pakai hp aku jer. Kualiti x brape elok.



Saturday, August 9, 2008

UTM 41'st Convocation

Seminggu lebih aku tunggu surat konvo dr UTM. Baru hari ni aku dapat. Dalam surat tu bgtau kena bayar yuran konvo, surat akuan kehadiran n sewaktu dengannye sebelum 8hb Ogos. Tp hari ni dah 9hb. Panas hati jer aku. Semua benda yg die nk tu kena hantar balik ke UTM selewat2 nye 8hb Ogos sebelum kul 4 ptg. Ntah ape2 ntah pengurusan UTM nih. X habis2 nak nyusahkan hidup.

Nak bank in yuran konvo tu hari ni cuti kat cni. Esok jgk la nk kena bank in. Tp ape2 pun kena call dulu la UTM bgtau surat sampai lambat. Borang graduat yg kena isi kat MOHE tu baru hari ni aku boleh masuk....baru hari ni maklumat aku ade dlm sistem. Dari minggu lepas lagi aku try login tp xde maklumat aku kt dalam sistem. Ni mmg betul2 menyusahkan. Banyak lagi nk kena settlekan tu.

UTM....nape la x habis2 nk nyusahkan hidup aku...

Template by - Abdul Munir - 2008